Injil Gereja Tuhan yang bermula dari tempat kecil seperti ruangan atas bilik Markus, telah berkembang di bawah berkat dan bimbingan Tuhan Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu. Sekarang, Gereja Tuhan telah menjadi gereja global yang menyebarkan Injil ke seluruh dunia.
Jika kita menuruti fikiran dan kehidupan yang bertentangan dengan kehendak Tuhan, kita tidak akan berjaya. Umat Israel berdosa, kerana mereka meragui kuasa Tuhan walaupun selepas mereka menyaksikan banyak keajaiban-Nya. Walau bagaimanapun, jika kita menghargai Tuhan yang selalu membantu kita, kita akan menerima berkat yang berlimpah-limpah.
“Berdamailah hendaknya dengan Dia dan jadilah tenteram, maka kebaikan akan mendatangimu. Terimalah pengajaran-Nya, dan simpanlah firman-Nya dalam hatimu. Jika engkau berbalik kepada Yang Maha Kuasa, engkau akan dibangunkan kembali. Jika engkau menjauhkan kezaliman dari khemahmu, meletakkan biji emas di dalam debu, dan emas Ofir di antara batu kali, maka Yang Maha Kuasa akan menjadi khazanah kamu serta perak yang berharga bagimu.” Ayub 22:21-25 [AVB]
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi